1.Zaman prasejarah ialah zaman manusia belum mengenali tulisan
2.Zaman ini dikaji oleh ahli arkeologi
3.Terdapat empat tahap utama iaitu Paleolitik,Mesolitik,Neolitik,dan Logam
Ciri-ciri zaman paleolitik dan mesolitik:
i.tinggal dalam kelompok keluarga atau berkumpulan
ii.hidup secara nomad
iii.tinggal di tepi sungai/tasik atau dalam gua
iv.memungut hasil hitan,menangkap ikan ,dan memburu binatang liar
v.penghasilan alatan batu mengutamakan fungsi bukan estetika
vi.terdapat di Lenggong,Tingkayu dan Gua Niah
Ciri-ciri zaman Neolitik:
i.menetap dalam kelompok yang besar
ii.bercucuk tanam dan menternak binatang
iii.alatan batu lebih licin dan banyak fungsi
iv.mencipta tembikar seperti tembikar tanah yang dijumpai di Gua Musang dan belangga tanah yang dijumpai di Jenderam Hilir
v.kehidupan bermasyarakat telah mewujudkan amalan pengkhususan kerja/pembahagian tugas
vi.lebihan makanan melahirkan sistem barter
Ciri-ciri zaman Logam
i.Penggunaan logam dalam kehidupan harian
ii.Terbahagi kepada Zaman Gangsa dan Zaman Besi
iii.Logam besi digunakan untuk membuat rumah dan perahu
iv.Perahu digunakan untuk meneroka dan menjalankan kegiatan perdagangan
v.Kawasan petempatan besar dan dilengkapi dengan kota pertahanan
vi.Pertempatan tersebut menjadi kota atau bandar seperti di Jericho,Jordan dan Catal Huyuk,Turki
1.1 Makna Tamadun
1.berasal daripada perkatan Arab,Madain,Mudun dan madana yang bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan kota
2.Perkataan inggeris civilazation yang berasal daripada perkataan Greek,Civitas yang bermaksud bandar,tamadun turut bermaksud peradaban.
3.Masyarakat barat mengaikan tamadun dengan pembagunan Lahirlahseperti aspek kebudayaan,contohnya penulisan undang2,kesenian dan pembandaran
Pandangan Ahli Sejarahwan
Barat:
Gordon Childe-Pencapain Lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan tamadun dalam sesebuah masyarakat
Darcy Riberio & R.A. Buchanan-Mengutamakan aspek pembagunan Lahiriah dan menolak unsur rohaniah
Richard Sullivan-Mengukur unsur rohaniah sangat penting dalam konsep tamadun
Islam:
Syed Naquib al-Attas -menekankan pencapain tatasusila yang tinggi dan kebudayaan masyarakat yang luhur
No comments:
Post a Comment